IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA



Implikasi Pengabaian Etika Terhadap Penghasilan Dan Penggunaan Bahan Kimia Bagi Sektor Pertanian Dan Penternakan


Bagi sektor pertanian:


1. Keracunan makanan

- Penggunaan bahan kimia dalam sektor pertanian jika tidak diurus dengan cekap akan menyebabkan kesan keracunan makanan kepada manusia. Penggunaan racun serangga pada sayur-sayuran secara berlebihan akan menyebabkan kadar racun serangga dan bahan kimia akan terserap pada sayur-sayuran amat tinggi. Ini akan mendatangkan kesan keracunan kepada manusia jika sayur-sayuran ini dimakan.




2. Pencemaran air

- Selain mendatangkan kemudaratan kepada manusia, penggunaan bahan kimia yang tidak diurus dengan cekap dalam sektor pertanian juga boleh memudaratkan alam sekitar seperti pencemaran punca air bersih. Ini akan menyebabkan berlakunya pencemaran air bersih. Begitu juga jika sisa racun ini diserap oleh tanah akan menyebabkan kandungan air bawah tanah akan tercemar dengan sisa kimia




3. Hujan asid

- Pengurusan sisa kimia yang tidak cekap juga akan mencemarkan udara. Semburan debu kimia dan racun cecair di dalam kawasan pertanian yang berskala besar secara kerap akan menyebabkan banyak bahan kimia terampai di ruang udara. Bahan kimia ini bukan sahaja akan menjejaskan kualiti udara, tetapi juga berpotensi untuk berlakunya hujan asid yang boleh menjejaskan semua hidupan sekiranya hujan asid kerap berlaku.




4. Mengurangkan gizi makanan

- Penggunaan bahan kimia seperti ‘PESTISIDA’ memang banyak kebaikannya,tetapi jika digunakan secara berlebihan dan tidak beretika juga akan menyebabkan implikasi kepada tanaman. Bahan kimia ini akan memandulkan kemampuan tanah untuk memberikan kemampuan untuk menghasilkan tanaman yang bernilai gizi tinggi,kerana bahan-bahan ini bersifat merosak unsur hara tanah.


Kesimpulannya, bahan kimia jika tidak diurus dengan cekap amat berbahaya kepada manusia dan alam sekitar.



Bagi sektor Penternakan:



1. Kualiti haiwan ternakan terjejas

- Dengan pengabaian etika penghasilan dan penggunaan atau penyalahgunaan bahan kimia yang tidak dibenarkan dalam islam akan memberi kesan yang negatif. Antaranya ialah kualiti haiwan ternakan akan terjejas. Kesan seperti ini dapat dilihat melalui kelahiran sesuatu haiwan ternakan. Kelahiran tersebut boleh jadi tidak sempurna atau cacat. Ada juga kesan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar contohnya antibodi haiwan tersebut lemah.




2. Haiwan yang dibiakkan tidak 100% tulen

- Disebabkan bahan kimia yang dilarang atau tidak dibenarkan digunakan dalam proses pembiakan haiwan ternakan, maka ketulenan haiwan tersebut tidak 100% asli. Ini bermaksud bukan membiak dengan cara yang sepatutnya. Antaranya dengan cara penyuntikan hormon tumbesaran yang menggunakan bahan kimia terlarang.




3. Menjejaskan kesihatan haiwan ternakan

- Seperti yang dikatakan di atas, kesihatan haiwan ternakan juga akan terjejas akibat pengabaian etika terhadap penggunaan bahan kimia. Ini adalah sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Di samping itu, kesihatan manusia juga akan terjejas sebagai pengguna. Malahan hal yang demikian akan memberi kesan negatif yang membuatkan seseorang itu hidup tidak normal seperti yang sepatutnya. Pengabaian etika penghasilan dan penggunaan akan memberi kesan jangka masa yang panjang.




4. Imej negara terjejas

- Di samping itu, hal-hal seperti ini akan menyababkan imej negara terjejas. Perkara tersebut akan menyebabkan negara kekurangan produktiviti yang berkualiti tinggi. Malahan akan menyebabkan hubungan diplomatik dengan negara-negara asing tidak berjalan lancar. Pengabaian etika terhadap enghasilan dan penggunaan bahan kimia ini adalah jauh dari wawasan 2020 dan landasan syariah yang sepatutnya.

No comments:

Post a Comment